Majlis Bekwoh Kesyukuran Kecemerlangan 2012

Majlis Kesyukuran Kecemerlangan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Besut telah diadakan di SK Pusat Jerteh.     Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan berterusan yang dicapai oleh Daerah Besut dalam peperiksaan UPSR. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh ADUN Jerteh.

DSCN0037

DSCN0040

DSCN0041

DSCN0042

DSCN0044

DSCN0045

DSCN0050

Hari pertama sesi persekolahan 2013 berjalan lancar

SK Pusat Jerteh memulakan hari pertama sesi persekolahan 2013 dengan lancar walaupun beberapa buah sekolah di daerah

ini terpaksa ditutup akibat banjir gelombang kedua. Pegawai Pelajaran Daerah Besut Tn. Hj Ab Halim b. Hassan turut melawat

sekolah ini untuk meninjau dan memantau perjalanan hari pertama sesi persekolahan 2013.

ab halim ppd besut

SK Pusat Jerteh dilanda banjir

Gelombang pertama banjir telah melanda SK Pusat Jerteh pada 25 hb Disember 2012 mengakibatkan keseluruhan kawasan sekolah ditenggelami air sedalam  1 meter.

banjir3

banjir2

banjir5

Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi 2008

dsc03965     Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh telah mengadakan  Hari Anugerah Cemerlang & Graduasi 2008 pada 11 hb November 2008 bertempat di Dewan A SKPJ. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Majid b. Ahmad Pengerusi PIBG SKPJ. Semua murid yang mendapat kedudukan terbaik mengikut aliran dan mata pelajaran terbaik telah menerima hadiah.

     Diantara anugerah khas yang sampaikan dalam majlis ini adalah terbaik kurikulum lelaki dan perempuan,terbaik ko-kurikulum lelaki dan perempuan serta anugerah khas guru besar.

6 TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006 – 2010

1. Membina negara bangsa melalui pendidikan bertujuan melahirkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa

2. Pembangunan modal insan di bawah PIPP memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan.

3. Memperkasakan sekolah kebangsaan (rendah dan menengah) agar sekolah-sekolah itu menjadi pilihan rakyat. Selaras dengan usaha itu, KPM akan melengkapkan SK dengan kemudahan pendidikan yang mencukupi, berkualiti, terkini dan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan. Seterusnya, sebagai teras keempat, KPM akan berusaha merapatkan jurang pendidikan dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan khususnya diluar bandar seperti Sabah dan Sarawak.

4. KPM akan memperbanyakkan bantuan kepada pelajar miskin, keperluan khas, kumpulan minoriti, mengurangkan jurang digital serta menempatkan guru terlatih.

5. Memartabatkan profesion keguruan bagi memastikan profesion itu dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Sebahagian daripada usaha itu ialah menaik taraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru bagi meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.

6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dengan membentuk bahagian kecemerlangan sekolah berasaskan akademik, kokurikulum dan sukan atau bidang-bidang khusus yang lain. Sekolah yang terpilih akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara dengan menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa seperti International Baccalaureate serta dijadikan sekolah contoh.

Sejarah Sekolah

lencana-skpjSKPJ mula dibuka pada 18.07 1938 dengan 40 orang murid dan seorang guru dengan nama Sekolah Melayu, Jerteh. Bilangan murid bertambah dengan pesatnya dan mencapai maksimum pada tahun 1994 iaitu 1499 orang. Bilangan ini merosot pada 1997 apabila SK Lubuk Kawah dibuka dan 1030 orang pada akhir 2001 apabila SK Seberang Jerteh dibuka. Pada tahun 2003 bilangan murid bertambah menjadi 1050 orang dengan tertubuhnya dua kelas Prasekolah. SKPJ dijadikan sekolah satu sesi mulai 16.05 2001